Wednesday 5 February 2014

Gym


Hai-hai-hai !~
Bersua kembali di laman maya saya. So long takda new entry gara2 melancong secara berjemaah ke rumah rakan sekolah iaitu Jimmy di Wolfsburg. Puas lah kami tengok kereta dkt Autostadt (muzium kereta Volkswagen dan yang seangkatan dengannya) dan main snow belakang rumah dia. Menurut salah seorang ahli jemaah, apabila berkunjung je ke rumah Jimmy, mesti ada perubahan positif yang dibawa balik lepas tu. Kira Jimmy ni role model laa...Untuk I, ni ceritanya...

beruang kutub?
Ntah macam mana boleh main timbang2 berat badan pulak dkt rumah dia!!! Timbangan Cik Nin 'sangatlah tidak mengecewakan' hahahahaha~ Aduhai, semakin berumur ni naik risau juga tgk angka yang tertera dkt penimbang tu... Lepas tu dengar cerita Jimmy n wife dah register masuk gym, nak jaga fitness. Memang beraura betul si Jimmy dan Wiwie ni, balik je ke Essen apalagi haruslahh I daftar masuk gym jugak memandangkan acara renang terpaksa ditunda untuk beri laluan kepada winter! 

Hari survey

motto gym ni pun 'Fitness Mit Best-Preis-Garantie' katanya...
harap2 berbaloi2 lah..
I pegi sorang2 je. Mula2 check kat google map berapa kilometer dari rumah. Oh tak jauh sangat  = walking distance. Mulalah I menapak dengan penuh semangat. Dalam hati berdoa semoga Allah turunkan berat badan I ni, hambaMu ini benar2 ingin mensyukuri nikmat kesihatan.."akal yang hebat ada pada tubuh yang sihat"...ishh kena lakukan sesuatu...kalau tidak rasanya tak sanggup nak pijak timbang lagi dah...huwaaa!!! Dekat 2 jam jugaklah I duk tanya itu ini dekat pekerja di situ. Orang Jerman tapi fasih jugak Bahasa Inggeris. Ada banyak gak pakej menarik dkt gym tu, rasa nak masuk semua. Dan yuran agak murah. 

Yuran Tahunan : Euro 15.00 --> bayar setahun sekali je
Starter Kit : Euro 89.00 tapi ada angebot (promotion) I dapat Euro 29 sahaja!--> ni dapat 8 kupon menarik seperti pemeriksaan kesihatan, Personal Trainer, Massage,rawatan kosmetik dll 
Bayaran Mingguan : Euro 6.99 --> untuk cardio, fitness workouts, sauna, shower + Euro 1.99 untuk Aerobik dan kelas tari menari ahaks! 

So malam tu pegi sekali lagi dgn enche hubby untuk mendaftar. Seperti biasa beliaulah supporter kuat terhadap aktiviti puan isteri kan..terima kasih juga untuk kawan2 yg memberikan idea dan sokongan padu hehe yay! boleh workouts...balik tu buat jadual waktu anjal untuk selitkan aktiviti baru kat sini ni..

Hari Kejadian

Cabaran turun 20 / 2 (20 kilo dalam 2 bulan) bermula HARI INI!!! tolong doakan I istiqomah kawan2~~hat bawah sekali tu laa yang paling payah~~ Sapa setuju, LIKE! =D

Bye!
Eye9.
 






Gym,gym jugak...masak,masak jugak~~alahai~~




No comments:

Post a Comment