Sunday 8 June 2014

Fitness lagi (Part 2)

Assssssssssalaaaaamualaikommmm sedare sedari sekalian,

Mohon ampun beribu2 lemon sebab 'Janji Tercapati' nak sambung episod kedua pasai gym hari tu...BERKURUNNYE LAH KANNNN~~Bukan apa sekarang ni ada benda lain pulak buat I busy...
hehehe apakah??? Uberraschungggg~~

OK. Jom try ingat balik apa yang Christopher pesan pasai DIET, STRESS MANAGEMENT & TIME MANAGEMENT.

DIET

Diet yang paling baik ialah makanan yang seimbang dari sudut khasiatnya. bunyi macam cliche kan...hehe..i sempat berkongsi info dengan Christopher tentang makanan waktu sarapan yang saya dan suami amalkan iaitu minuman Madu dengan Serbuk Kayu Manis. Sebenarnya minuman ni dah diamalkan zaman berzaman oleh masyarakat dunia. Ada kajian yang menunjukkan resipi ini boleh menyembuhkan pelbagai penyakit seperti penyakit jantung, artritis, selsema, meningkatkat imuniti tubuh, dan juga meningkatkan kesuburan bagi yang ingin memperoleh zuriat. Tidak ketinggalan menurunkan berat badan!!! =D

Madu merupakan makanan lengkap dan diamalkan oleh Rasulullah dalam kehidupan Baginda. jadi eloklah bila kita minum tu, kita niatkan sebagai mengikuti ajaran Sunnah maka selain dari mendapat khasiat,dapat juga kita pahala, kan!

Lebah Jerman masa Altweiber ;D
I beli serbuk kayu manis dekat kedai India di Rheinischer Platz, Essen. Dalam 10 minit jalan kaki dari rumah. Dekat situ ada beratus2 rempah ratus..mangga muda pun ado! Madu pulak beli dkt REWE di Limbecker Platz, sebelah rumah aje! Aha adalah disyorkan bila ambil madu, belilah madu dari tempat yang sama kita tinggal. Kalau dok Malaysia, minum madu Tualang. Kalau duk Jerman, minum madu Jerman. Ini kerana tubuh kita perlu sesuai dengan ekologi penghasilan madu asli itu.  So i minum Bluten Honig dari Germany yang terhasil dari perut lebah2 di Jarman ;) Saya kongsikan resipi mudah itu :-

1 sudu teh Serbuk Kayu Manis
2 sudu teh Madu Asli
Segelas / Secawan Air suam

*kacau semua dan minumlah macam minum teh tu...tapi AWAS jangan kacau Madu dengan sudu besi sebab ia ada pantang larangnya. Dikatakan khasiat madu akan berubah kalau guna sudu besi.. Gunakan sudu plastik atau kayu pun boleh...yummmy~~

Minum secawan setiap pagi sebelum sarapan

Christopher teruja dengan resipi ni...diapun nak try...dan dia pesan elakkan dari mengambil sarapan segera seperti Corn Flakes dan yang sewaktu dengannya tu sebab gula dalam tu amatlah tinggi. sangat berbahaya untuk kesihatan terutama kanak-kanak. Dia pun tak tau macam mana promosi makanan2 itu boleh bagi sangat berjaya menenggelamkan fakta sebenar tentang bahaya gula berlebihan dalam makanan itu semua....ala,,,, nak bisnes kan~~~

STRESS MANAGEMENT







Christopher bertanya kalau2 i ni orang yang mudah stress. Jawapannya tentulah YA! Jadi beliau menerangkan tips untuk mengatasi stress. Mula2 sekali kena kenalpasti dulu apa PUNCA stress tu. I bagitau la selalunya I stress kalau orang cari pasal dengan I... So bagi mengatasi masalah tu; "always take step aback".. maksudnya masa orang buat kita stress tu, kita diam ja dulu. bertenang dan tarik nafas. jangan terburu-buru nak react. benda ni perlukan latihan. so buatlah sekerap mungkin atas apa pun benda yang boleh buat kita stress tu....lama kelamaan inshaAllah kita akan jadi Coolyouth...eh?!

TIME MANAGEMENT

Jangan tangguh kerja. Bertangguh tu pencuri masa. kita taktau bilamasa pulak kita free nak buat kerja tu kalau kita asyik tangguh aje....ni mmg i setuju bebeno...I pun bukan laa on time ja buat semua benda kan...Christopher pesan buat jadual atau 'things-to-do' list supaya kita sentiasa tengok perkara yang masih tak bergerak lagi. Selain tu lepas dah buat, tandakan 'DONE'. Sedar atau tak ia jadi MOTIVASI untuk langsaikan kerja2 yang lain~~



OK tamat sudah entry untuk Fitness~ Semoga mendapat kebaikan darinya ;)

SAYA SUKA HIDUP SIHAT!

Tata!
Eye9

No comments:

Post a Comment