Thursday 20 February 2014

Gym : "Healthy comes first and beauty comes with that".

Assalamualaikum und Guten Tag!

Hello all, 

Hari ini I ada termin (appointment) dengan Personal Trainer dekat gym. Nama dia Christopher. Dua hari lepas dah set termin tu dengan beliau. So seperti yang dijadualkan lepas kelas ZUMBA selama sejam tadi maka bermulalah sesi bersama Christopher (kena taip nama penuh sebab fitness master I pun nama Christ jugak; bezanye sorang white-bijik mata biru dan sorang lagi black) tapi dua2 baik. Dekat gym ni masa mendaftar dulu dapat Starter Kit di mana telah disertakan kupon untuk Berataungsgesprach (consultation)  bernilai Euro 65.00 secara Percuma. 

Ni la kupon tu

Tanpa melengahkan masa Christopher mulakan sesi dengan bertanya apakah yang I nak tahu. Firstly I bagitau dia I perlukan khidmat nasihat pakar tentang sesi training yang sedang I jalankan sekarang ni. Dan juga target yang ingin dicapai. Jadi Christopher mula bercerita tentang perkara2 asas yang diperlukan untuk mendapatkan kesihatan yang baik. Antaranya seperti catatan di bawah ini :-

1. Strength Training

It is 'Super Important' to make Strength Training. Apa yang dimaksudkan ialah kekuatan fizikal seseorang. Contohnya gerakan badan (body movement) ketika mengambil barang dari lantai. Selama ini 90% membongkok untuk mengambil sesuatu yang berat dari lantai seperti mengangkat kotak. Sebenarnya cara yang betul ialah dengan mencangkung tanpa perlu membengkokkan belakang, berdiri perlahan2 sambil mengangkat beban tersebut. Bayangkan tangan anda seperti forklift di gudang. Dengan cara ini kecederaan pada belakang terutamanya tulang belakang dapat dielakkan. 

Contoh lain Christopher menerangkan tentang perlunya menjaga postur badan dengan betul.  Seorang yang sihat akan kelihatan radiant dan cergas serta menampakkan keyakinan diri yang tinggi. Bayangkan bila Anne (panggilan kawan2 Jerman untuk saya) berada di mahkamah untuk membentangkan kes tetapi duduk di kerusi peguam dengan postur yang senget atau bahu yang membongkok kehadapan. Ia tentu tidak selesa dan jauh sekali mendatangkan keyakinan untuk menang. Begitu juga bila bertemu klien semestinya seorang peguam perlu kelihatan tegak dan segak apabila berkomunikasi. "When you have the right body posture, you already win 65% of the case, Anne!"

Di gym ni disediakan alatan untuk memperbaiki postur badan dan strengthening exercise disertakan seorang perunding kecergasan peribadi. Yang ni satu sesi Euro 65.00. Dah tentu2 tak cukup 1 sesi kan...maka adalah fees table yang murah sikit dan dalam tempoh yang lama bagi memungkinkan seseorang mengikuti program ni.


2. Cardiovascular 


Seterusnya  perkara  'Super Important' (I rasa Christopher suka perkataan ni sebab asyik ulang2 sepanjang perbulaan kami hehe) ialah "Listen to your body" ketika buat workouts. Cardiovascular exercise adalah senaman untuk menjaga kecergasan dan kesihatan jantung. Ada banyak jenis seperti berenang dan berlari di atas treadmill dengan tempo tertentu bersesuaian dengan badan kita. Contohnya jika seseorang berjalan pada kelajuan 3km/sejam, dia perlu melakukan itu sebagai pemanasan. Kemudian beri cabaran kepada badan dengan menaikkan kelajuan sedikit demi sedikit atau tambahkan masa berlari. 
Gemuse4Heart

"Bagaimana jika ada hari saya malas, Christ?!" selamba bertanya memandangkan I ni bukannya disiplin sesangat sampai tak pernah miss training kan! hehe
"Consistency is Super Important (lagik?) too" jawab Christopher mudah. Menurutnya tidak mengapa mengambil 'day-off' dari work out kerana otot dan tubuh perlukan rehat. Selepas itu sambung semula dengan cabaran yang lebih, sedikit demi sedikit tetapi konsisten. 

Target kita adalah membakar seberapa banyak kalori. Kalori ialah unit kiraan tenaga. Setiap makanan yang kita telan mengandungi sukatan tenaga. Tenaga yang diambil tetapi tidak digunakan akan ditukarkan oleh tubuh kepada LEMAK. Itulah yang menyebabkan kegemukan. Walaubagaimanapun paparan bacaan di treadmill tu taklah tepat mana. Maknanya jika skrin tu kata anda telah bakar 300 kalori mungkin sebenarnya anda telah bakar kurang atau  lebih. I tanya Christ berapa banyak kalori patut I bakar setiap kali ke gym. "It's subjective". Ia bergantung kepada jantina, berat badan, jenis diet, target, kemampuan fizikal dan sebagainya dimana semua ini tidaklah diketahui oleh mesin treadmill tersebut. "Sebab tu tak boleh percaya sangat skrin tu" kompem Christopher.
"Berpeluh bermakna kalori terbakar?" I tanya Christopher sebab macammana pula masa I berenang, i tak perasan pulak yg ada peluh. "Tidak semestinya juga, asalkan ada pergerakan kalori tetap terbakar".  Setiap orang perlu tahu berapakah detak jantung yang ideal untuk pembakaran kalori yang optima. Contohnya macam I antara 142-155 detak jantung per minit adalah tempo ideal untuk tubuh I bakar lebih banyak kalori. Ini bermakna sesorang sedang menjalankan aerobics kerana tempo itu sesuai dengan keperluan badannya. 

Apapun selagi bergerak dan beraktiviti, sedikit sebanyak kalori tetap terbakar. Fuhh lega... teringat satu hadith Nabi, bahawa Nabi melarang kita terus tidur selepas makan kerana itu akan membuatkan hati menjadi keras. Sunnah Nabi sebelum tidur baginda lakukan senaman ringan selain bersembahyang bagi mencernakan makanan makan malam. 

Menurut Christopher lagi, elok juga jika I susun jadual cardio bersama2 dengan acara aerobik yang lain seperti Fatburning, Body Styling, ZUMBA dan Pilates =D Semua ini sangat penting untuk kesihatan jantung dan sistem peredaran darah yang baik. 

3. Aerobics 



Masuklah bab Aerobics pulak. So far I attend 2-3 kelas spt dinyatakan di atas dalam seminggu. Yang favourite tentulah ZUMBA! Cikgu dia ligat dan sentiasa senyum. Suka! banyak aura positif dalam kelas tu. Menari ikut rentak dan tepuk tangan dengan kawan2 yang lain. Christopher setuju bahawa ZUMBA adalah senaman yang baik kerana ia menggerakkan seluruh tubuh. Paling penting ia tidak membosankan sebab menari,kan! Christopher sarankan I buat body fitness di mesin2 fitness dahulu sebelum masuk studio ZUMBA. Ia membantu strengthening dan meregangkan otot sebelum menari rancak. Oh! OK~ make sense. Mesti buat lepas ni, ;)

Ada 3 lagi sub-topik (dah macam kelas law jer?!) daripada perbualan kami tadi. Boleh tak I sambung dalam Part II? sebab tengah bakar Mackerel nak dinner ni, karang jadi arang pulak ikan aku! hehe Lepas tu nak solat Maghrib n Isya berjemaah dengan Enche Suami. Kesihatan rohani lagi2 lahh SUPER DUPER IMPORTANT! Harap bersabar ya! topik seterusnya ialah DIET, Stress Management dan Time Management. Menarik kan?! So stay tuned till we meet again~~~

tata!
Eye9


No comments:

Post a Comment