Wednesday 5 October 2016

ahhh rindunya pada kamu blog! sibuk sekali mengendali firma milikku. perkenalkan...

Wednesday 2 September 2015

INVITATION TO PEACE SYMPOSIUM 2015 KUALA LUMPUR (FREE ADMISSION AND DINNER )
The International Human Rights Committee and Projek Dialog will be holding a peace symposium and dinner at the Royale Bintang Hotel Kuala Lumpur, Jalan Bukit Bintang on 16 Sept. 2015 (Wednesday — Public Holiday - Malaysia Day ) 4.00pm-9.00pm.
The symposium entitled “Understanding Shariah from the Religious and Rights Perspectives” will discuss the role of Shariah in a modern nation state and its impact on society and politics. Central to this will be a discussion on what Shariah really is and how it should be interpreted.
The keynote address will be given by Sir Iftikhar Ahmad Ayaz, chair of International Human Rights Committee in the United Kingdom (an NGO). The guest speakers will include Prof. Dr. Abdul Aziz Bari, constitutional expert and law professor; Mr. Syahredzan Johan, human rights lawyer and constitutional expert; Dr. Ahmad Farouk Musa, academician, cardiothoracic surgeon and director of the Islamic Renaissance Front (IRF); Mr. Sardar Jagir Singh, president of the Malaysian Consultative Council of Buddhism, Christianity, Hinduism, Sikhism and Taoism (MCCBCHST); Ms. Fadiah Nadwa Fikri, human rights lawyer and political activist; and Mr. Aston Paiva, human rights lawyer.
We really hope your firm can send a representative to Peace Symposium and share this invitation with your colleagues.
Best Regards
Indrawan@Jariullah Ahmad
Coordinator Peace Symposium 2015
0132226759
Peace Palace, ICJ, The Hague, Netherlands.

Sunday 8 June 2014

Fitness lagi (Part 2)

Assssssssssalaaaaamualaikommmm sedare sedari sekalian,

Mohon ampun beribu2 lemon sebab 'Janji Tercapati' nak sambung episod kedua pasai gym hari tu...BERKURUNNYE LAH KANNNN~~Bukan apa sekarang ni ada benda lain pulak buat I busy...
hehehe apakah??? Uberraschungggg~~

OK. Jom try ingat balik apa yang Christopher pesan pasai DIET, STRESS MANAGEMENT & TIME MANAGEMENT.

DIET

Diet yang paling baik ialah makanan yang seimbang dari sudut khasiatnya. bunyi macam cliche kan...hehe..i sempat berkongsi info dengan Christopher tentang makanan waktu sarapan yang saya dan suami amalkan iaitu minuman Madu dengan Serbuk Kayu Manis. Sebenarnya minuman ni dah diamalkan zaman berzaman oleh masyarakat dunia. Ada kajian yang menunjukkan resipi ini boleh menyembuhkan pelbagai penyakit seperti penyakit jantung, artritis, selsema, meningkatkat imuniti tubuh, dan juga meningkatkan kesuburan bagi yang ingin memperoleh zuriat. Tidak ketinggalan menurunkan berat badan!!! =D

Madu merupakan makanan lengkap dan diamalkan oleh Rasulullah dalam kehidupan Baginda. jadi eloklah bila kita minum tu, kita niatkan sebagai mengikuti ajaran Sunnah maka selain dari mendapat khasiat,dapat juga kita pahala, kan!

Lebah Jerman masa Altweiber ;D
I beli serbuk kayu manis dekat kedai India di Rheinischer Platz, Essen. Dalam 10 minit jalan kaki dari rumah. Dekat situ ada beratus2 rempah ratus..mangga muda pun ado! Madu pulak beli dkt REWE di Limbecker Platz, sebelah rumah aje! Aha adalah disyorkan bila ambil madu, belilah madu dari tempat yang sama kita tinggal. Kalau dok Malaysia, minum madu Tualang. Kalau duk Jerman, minum madu Jerman. Ini kerana tubuh kita perlu sesuai dengan ekologi penghasilan madu asli itu.  So i minum Bluten Honig dari Germany yang terhasil dari perut lebah2 di Jarman ;) Saya kongsikan resipi mudah itu :-

1 sudu teh Serbuk Kayu Manis
2 sudu teh Madu Asli
Segelas / Secawan Air suam

*kacau semua dan minumlah macam minum teh tu...tapi AWAS jangan kacau Madu dengan sudu besi sebab ia ada pantang larangnya. Dikatakan khasiat madu akan berubah kalau guna sudu besi.. Gunakan sudu plastik atau kayu pun boleh...yummmy~~

Minum secawan setiap pagi sebelum sarapan

Christopher teruja dengan resipi ni...diapun nak try...dan dia pesan elakkan dari mengambil sarapan segera seperti Corn Flakes dan yang sewaktu dengannya tu sebab gula dalam tu amatlah tinggi. sangat berbahaya untuk kesihatan terutama kanak-kanak. Dia pun tak tau macam mana promosi makanan2 itu boleh bagi sangat berjaya menenggelamkan fakta sebenar tentang bahaya gula berlebihan dalam makanan itu semua....ala,,,, nak bisnes kan~~~

STRESS MANAGEMENT







Christopher bertanya kalau2 i ni orang yang mudah stress. Jawapannya tentulah YA! Jadi beliau menerangkan tips untuk mengatasi stress. Mula2 sekali kena kenalpasti dulu apa PUNCA stress tu. I bagitau la selalunya I stress kalau orang cari pasal dengan I... So bagi mengatasi masalah tu; "always take step aback".. maksudnya masa orang buat kita stress tu, kita diam ja dulu. bertenang dan tarik nafas. jangan terburu-buru nak react. benda ni perlukan latihan. so buatlah sekerap mungkin atas apa pun benda yang boleh buat kita stress tu....lama kelamaan inshaAllah kita akan jadi Coolyouth...eh?!

TIME MANAGEMENT

Jangan tangguh kerja. Bertangguh tu pencuri masa. kita taktau bilamasa pulak kita free nak buat kerja tu kalau kita asyik tangguh aje....ni mmg i setuju bebeno...I pun bukan laa on time ja buat semua benda kan...Christopher pesan buat jadual atau 'things-to-do' list supaya kita sentiasa tengok perkara yang masih tak bergerak lagi. Selain tu lepas dah buat, tandakan 'DONE'. Sedar atau tak ia jadi MOTIVASI untuk langsaikan kerja2 yang lain~~



OK tamat sudah entry untuk Fitness~ Semoga mendapat kebaikan darinya ;)

SAYA SUKA HIDUP SIHAT!

Tata!
Eye9

Thursday 20 February 2014

Gym : "Healthy comes first and beauty comes with that".

Assalamualaikum und Guten Tag!

Hello all, 

Hari ini I ada termin (appointment) dengan Personal Trainer dekat gym. Nama dia Christopher. Dua hari lepas dah set termin tu dengan beliau. So seperti yang dijadualkan lepas kelas ZUMBA selama sejam tadi maka bermulalah sesi bersama Christopher (kena taip nama penuh sebab fitness master I pun nama Christ jugak; bezanye sorang white-bijik mata biru dan sorang lagi black) tapi dua2 baik. Dekat gym ni masa mendaftar dulu dapat Starter Kit di mana telah disertakan kupon untuk Berataungsgesprach (consultation)  bernilai Euro 65.00 secara Percuma. 

Ni la kupon tu

Tanpa melengahkan masa Christopher mulakan sesi dengan bertanya apakah yang I nak tahu. Firstly I bagitau dia I perlukan khidmat nasihat pakar tentang sesi training yang sedang I jalankan sekarang ni. Dan juga target yang ingin dicapai. Jadi Christopher mula bercerita tentang perkara2 asas yang diperlukan untuk mendapatkan kesihatan yang baik. Antaranya seperti catatan di bawah ini :-

1. Strength Training

It is 'Super Important' to make Strength Training. Apa yang dimaksudkan ialah kekuatan fizikal seseorang. Contohnya gerakan badan (body movement) ketika mengambil barang dari lantai. Selama ini 90% membongkok untuk mengambil sesuatu yang berat dari lantai seperti mengangkat kotak. Sebenarnya cara yang betul ialah dengan mencangkung tanpa perlu membengkokkan belakang, berdiri perlahan2 sambil mengangkat beban tersebut. Bayangkan tangan anda seperti forklift di gudang. Dengan cara ini kecederaan pada belakang terutamanya tulang belakang dapat dielakkan. 

Contoh lain Christopher menerangkan tentang perlunya menjaga postur badan dengan betul.  Seorang yang sihat akan kelihatan radiant dan cergas serta menampakkan keyakinan diri yang tinggi. Bayangkan bila Anne (panggilan kawan2 Jerman untuk saya) berada di mahkamah untuk membentangkan kes tetapi duduk di kerusi peguam dengan postur yang senget atau bahu yang membongkok kehadapan. Ia tentu tidak selesa dan jauh sekali mendatangkan keyakinan untuk menang. Begitu juga bila bertemu klien semestinya seorang peguam perlu kelihatan tegak dan segak apabila berkomunikasi. "When you have the right body posture, you already win 65% of the case, Anne!"

Di gym ni disediakan alatan untuk memperbaiki postur badan dan strengthening exercise disertakan seorang perunding kecergasan peribadi. Yang ni satu sesi Euro 65.00. Dah tentu2 tak cukup 1 sesi kan...maka adalah fees table yang murah sikit dan dalam tempoh yang lama bagi memungkinkan seseorang mengikuti program ni.


2. Cardiovascular 


Seterusnya  perkara  'Super Important' (I rasa Christopher suka perkataan ni sebab asyik ulang2 sepanjang perbulaan kami hehe) ialah "Listen to your body" ketika buat workouts. Cardiovascular exercise adalah senaman untuk menjaga kecergasan dan kesihatan jantung. Ada banyak jenis seperti berenang dan berlari di atas treadmill dengan tempo tertentu bersesuaian dengan badan kita. Contohnya jika seseorang berjalan pada kelajuan 3km/sejam, dia perlu melakukan itu sebagai pemanasan. Kemudian beri cabaran kepada badan dengan menaikkan kelajuan sedikit demi sedikit atau tambahkan masa berlari. 
Gemuse4Heart

"Bagaimana jika ada hari saya malas, Christ?!" selamba bertanya memandangkan I ni bukannya disiplin sesangat sampai tak pernah miss training kan! hehe
"Consistency is Super Important (lagik?) too" jawab Christopher mudah. Menurutnya tidak mengapa mengambil 'day-off' dari work out kerana otot dan tubuh perlukan rehat. Selepas itu sambung semula dengan cabaran yang lebih, sedikit demi sedikit tetapi konsisten. 

Target kita adalah membakar seberapa banyak kalori. Kalori ialah unit kiraan tenaga. Setiap makanan yang kita telan mengandungi sukatan tenaga. Tenaga yang diambil tetapi tidak digunakan akan ditukarkan oleh tubuh kepada LEMAK. Itulah yang menyebabkan kegemukan. Walaubagaimanapun paparan bacaan di treadmill tu taklah tepat mana. Maknanya jika skrin tu kata anda telah bakar 300 kalori mungkin sebenarnya anda telah bakar kurang atau  lebih. I tanya Christ berapa banyak kalori patut I bakar setiap kali ke gym. "It's subjective". Ia bergantung kepada jantina, berat badan, jenis diet, target, kemampuan fizikal dan sebagainya dimana semua ini tidaklah diketahui oleh mesin treadmill tersebut. "Sebab tu tak boleh percaya sangat skrin tu" kompem Christopher.
"Berpeluh bermakna kalori terbakar?" I tanya Christopher sebab macammana pula masa I berenang, i tak perasan pulak yg ada peluh. "Tidak semestinya juga, asalkan ada pergerakan kalori tetap terbakar".  Setiap orang perlu tahu berapakah detak jantung yang ideal untuk pembakaran kalori yang optima. Contohnya macam I antara 142-155 detak jantung per minit adalah tempo ideal untuk tubuh I bakar lebih banyak kalori. Ini bermakna sesorang sedang menjalankan aerobics kerana tempo itu sesuai dengan keperluan badannya. 

Apapun selagi bergerak dan beraktiviti, sedikit sebanyak kalori tetap terbakar. Fuhh lega... teringat satu hadith Nabi, bahawa Nabi melarang kita terus tidur selepas makan kerana itu akan membuatkan hati menjadi keras. Sunnah Nabi sebelum tidur baginda lakukan senaman ringan selain bersembahyang bagi mencernakan makanan makan malam. 

Menurut Christopher lagi, elok juga jika I susun jadual cardio bersama2 dengan acara aerobik yang lain seperti Fatburning, Body Styling, ZUMBA dan Pilates =D Semua ini sangat penting untuk kesihatan jantung dan sistem peredaran darah yang baik. 

3. Aerobics 



Masuklah bab Aerobics pulak. So far I attend 2-3 kelas spt dinyatakan di atas dalam seminggu. Yang favourite tentulah ZUMBA! Cikgu dia ligat dan sentiasa senyum. Suka! banyak aura positif dalam kelas tu. Menari ikut rentak dan tepuk tangan dengan kawan2 yang lain. Christopher setuju bahawa ZUMBA adalah senaman yang baik kerana ia menggerakkan seluruh tubuh. Paling penting ia tidak membosankan sebab menari,kan! Christopher sarankan I buat body fitness di mesin2 fitness dahulu sebelum masuk studio ZUMBA. Ia membantu strengthening dan meregangkan otot sebelum menari rancak. Oh! OK~ make sense. Mesti buat lepas ni, ;)

Ada 3 lagi sub-topik (dah macam kelas law jer?!) daripada perbualan kami tadi. Boleh tak I sambung dalam Part II? sebab tengah bakar Mackerel nak dinner ni, karang jadi arang pulak ikan aku! hehe Lepas tu nak solat Maghrib n Isya berjemaah dengan Enche Suami. Kesihatan rohani lagi2 lahh SUPER DUPER IMPORTANT! Harap bersabar ya! topik seterusnya ialah DIET, Stress Management dan Time Management. Menarik kan?! So stay tuned till we meet again~~~

tata!
Eye9


Wednesday 5 February 2014

Gym


Hai-hai-hai !~
Bersua kembali di laman maya saya. So long takda new entry gara2 melancong secara berjemaah ke rumah rakan sekolah iaitu Jimmy di Wolfsburg. Puas lah kami tengok kereta dkt Autostadt (muzium kereta Volkswagen dan yang seangkatan dengannya) dan main snow belakang rumah dia. Menurut salah seorang ahli jemaah, apabila berkunjung je ke rumah Jimmy, mesti ada perubahan positif yang dibawa balik lepas tu. Kira Jimmy ni role model laa...Untuk I, ni ceritanya...

beruang kutub?
Ntah macam mana boleh main timbang2 berat badan pulak dkt rumah dia!!! Timbangan Cik Nin 'sangatlah tidak mengecewakan' hahahahaha~ Aduhai, semakin berumur ni naik risau juga tgk angka yang tertera dkt penimbang tu... Lepas tu dengar cerita Jimmy n wife dah register masuk gym, nak jaga fitness. Memang beraura betul si Jimmy dan Wiwie ni, balik je ke Essen apalagi haruslahh I daftar masuk gym jugak memandangkan acara renang terpaksa ditunda untuk beri laluan kepada winter! 

Hari survey

motto gym ni pun 'Fitness Mit Best-Preis-Garantie' katanya...
harap2 berbaloi2 lah..
I pegi sorang2 je. Mula2 check kat google map berapa kilometer dari rumah. Oh tak jauh sangat  = walking distance. Mulalah I menapak dengan penuh semangat. Dalam hati berdoa semoga Allah turunkan berat badan I ni, hambaMu ini benar2 ingin mensyukuri nikmat kesihatan.."akal yang hebat ada pada tubuh yang sihat"...ishh kena lakukan sesuatu...kalau tidak rasanya tak sanggup nak pijak timbang lagi dah...huwaaa!!! Dekat 2 jam jugaklah I duk tanya itu ini dekat pekerja di situ. Orang Jerman tapi fasih jugak Bahasa Inggeris. Ada banyak gak pakej menarik dkt gym tu, rasa nak masuk semua. Dan yuran agak murah. 

Yuran Tahunan : Euro 15.00 --> bayar setahun sekali je
Starter Kit : Euro 89.00 tapi ada angebot (promotion) I dapat Euro 29 sahaja!--> ni dapat 8 kupon menarik seperti pemeriksaan kesihatan, Personal Trainer, Massage,rawatan kosmetik dll 
Bayaran Mingguan : Euro 6.99 --> untuk cardio, fitness workouts, sauna, shower + Euro 1.99 untuk Aerobik dan kelas tari menari ahaks! 

So malam tu pegi sekali lagi dgn enche hubby untuk mendaftar. Seperti biasa beliaulah supporter kuat terhadap aktiviti puan isteri kan..terima kasih juga untuk kawan2 yg memberikan idea dan sokongan padu hehe yay! boleh workouts...balik tu buat jadual waktu anjal untuk selitkan aktiviti baru kat sini ni..

Hari Kejadian

Cabaran turun 20 / 2 (20 kilo dalam 2 bulan) bermula HARI INI!!! tolong doakan I istiqomah kawan2~~hat bawah sekali tu laa yang paling payah~~ Sapa setuju, LIKE! =D

Bye!
Eye9.
 






Gym,gym jugak...masak,masak jugak~~alahai~~




Wednesday 22 January 2014

Patin Steak di Jerman

Hai2 assalamualaikum, 

hari ni nak cerita pasai makanlah..hmm STEAK IKAN PATIN ESSEN...woww gempakkan nama dia...tapi sebelum tu jom baca cerita kat mana kami beli ikan patin kat tengah2 Jerman ni ;)

Last week buat lawatan sambil belajar ke beberapa Asia Lebensmittel (kedai runcit yang jual barang2 Asia). Sepanjang jalan area rumah kami ni ada dalam ermm.. 3-4 kedai kot semuanya. So kami pun menapak sepanjang jalan tu dan nak masuk ke semua kedai2 yang ada (tinggikan cita2). Misi kami adalah mencari SEAFOOD sebab kat sini ada2 kedai ja yang jual seafood. 

Ada kedai seafood juga di sini
tapi hari tu dia tutup
Terlalu sejuk plak dah..oh btw skg ni winter so suhu harian dan malaman dalam 3-9'C biasanya. jadi kami naik TRAM  menghala ke Essen Haupbanhof (stesen keretapi utama). Berdekatan di situ ada sebuah kedai Kashmir Store kepunyaan orang India. Segala ikan, udang, sotong dsb available dengan banyaknya. Apatah lagi rempah-ratus kan dah namapun kedai Kashmir. Dan yang paling penting ialah, IKAN PATIN pun ada! Ikan ini didatangkan dari Temerloh (eh bukan2) ..dari Vietnam. PANGASIUS nama dia kat sini. dah siap potong, bersih dan frozen. Pendek kata balik rumah tinggai masak ja lagi..Maka jadilah resipi campur aduk yang tak seberapa cukup bahan tapi sedap gedebas ni oppsss self-acclaimed  nampak! keke apa yang penting? Perut kenyang~~ nyum... Ok Jom nak share resipi kat semua..

 Zutaten / Bahan2 :

1/4 cawan minyak zaitun
3 ketul Ikan Patin steak (dibuat potongan rentas)
1 sudu makan serbuk / blended bawang putih
1 sudu makan blended bawang merah
1 sudu makan serbuk paprika (chilli flakes)
1 sudu makan serbuk kasar lada hitam
1 1/2 sudu kecil garam
1 sudu makan hirisan daun bawang
2 sudu makan Thyme (kalau ada yang fresh cuma choppped saja ya)
1/4 cawan keju Parmesan 
(tapi disebabkan takdak keju pasai malas nak keluaq pi cari, I guna sahne =whipped cream yang cair tu je smlm) 

kentang! oh yessss hampir terlupa ~ potong 2 dan tak pelu buang kulit.

Patin Steak marinade
Buttered Rice
Zubereitung / cara2nya :-

1. Perap segala2nya itu
2. Panaskan oven pada fungsi grill dalam 180-200'C
3. Bakar selama lebih kurang 45 minit

Tanya2 kat enche suami dia nak ikan tu kawan dengan apa, dia kata "BUTTERED RICE lah"...ok.. tiada kompromi kami 2 org ni mmg perut nasi ya... ;)

Bahan2 : 

3 senduk beras basmathi
4 sudu makan Butter
2 inci halia
1/2 kiub ayam Knorr
Sedikit Jagung / Green Peas
Air secukupnya

Cara2 nya :

1. Panaskan butter sehingga cair
2. Tumis hirisan halia dan kiub ayam
3. masukkan beras dan letak air kadar biasa
4. nampak air dekat nak kering masukkan jagung / green peas

TADAAAA~~~ =D =D

Patin Steak

"Ini lebih sedap dari Salmon Steak niii...OK abang bagi markah 99%" komen enche suami sambil menikmati steak dengan sosnya. and of courselah puan isteri kembangkempis idung menanggung bangga..hik3 

"Sebenarnya Aku Masterchef Dia" 

eye9 




Monday 20 January 2014

Peace. Salam. Islam.

Peace. Salam. Islam.

mana ada Sejahtera itu simbolnya luka
mana ada Selamat itu simbolnya bahaya
ayuhlah saudaraku
buktikan saja yang kita ini sebenarnya siapa
yang berjabat menyebar Berkat.
Barat sana beragenda 
kononnya kita ini
sua tangan tak bawa Salam
menyapa dengan senjata segala
memanglah boleh saja 
mereka
jadi Islamofobia.

Tak pernah sekalipun agamamu menghumban kamu ke lembah 'Tahlukah'.

9.8.2013
Diperkarangan Mahkamah Keadilan Antarabangsa,
The Hague,
Belanda.